Monday, 16 April 2012

# INFO - 10 Perkara yang Merosakkan Otak



As salam..

Aku tak berapa nak ingat aku dapat info ni dari mana.. sedar-sedar je dah ada tersave dalam laptop kecik yang bukan aku punya ni.. sekadar info untuk dikongsi bersama.. 10 perkara yang boleh merosakkan otakkkkkkk... (sebut nada 'otak' macam zombie Kampung Pisang)


1 - TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.


2 - TERLEBIH MAKAN
tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. makan berlebihan menyebabkan banyak darah di alirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.


3 - MEROKOK
asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel - sel otak. (hurmm...no wonder la..)


4 - MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5 - MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel - sel otak. berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.


6 - TIDUR YANG BERLEBIHAN
tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang. (yup, this is so true)


7 - TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
tidur meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan di sedut semula semasa bernafas. ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.


8 - KURANG BERIMAGINASI
berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
(err..berangan-angan bole diterima tak? hee..)


9 - JARANG BERFIKIR
jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.


10 - TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalimah - kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.


- ok, di atas ni mungkin sekadar beberapa perkara yang boleh merosakkan otak manusia. otak haiwan tak tahu la pulak kan. mungkin ada lagi perkara -perkara lain yang tidak disenaraikan dalam info yang tersave dalam laptop ni. aku cuma taip balik je. huhu..


bagi aku, perkara nombor 10 iaitu tidak membaca Al-Quran patut diletakkan kat nombor 1 sebab membaca Al-Quran memang paling penting dan selain di baca, Al-Quran juga perlu di fahami, dan di amalkan oleh umat Islam. senang cerita kita tengok je hafiz dan hafizah iaitu orang - orang yang menghafal Al -Quran, diorang semua cerdas dan pintar. tak ada orang yang jadi tak betul atau rosak otak sebab mengaji Al-Quran.. betul kan? kan? :)


till then fellas!



credit to indok.com or rindok.com. tak sure yang mana satu. hee...

No comments:

Post a Comment