Sunday, 22 April 2012

SADIS : Pelajar UPSI Bunuh Diri


As salam...


(entry ini adalah kisah yang penting)

petang tadi waktu aku tengah baca-baca berita online, nampak satu title berita yang agak mengejutkan. berita pasal seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, bunuh diri dengan terjun dari bangunan. kejadian berlaku pada petang sabtu, 21 april 2012.

belum pun aku klik nak baca berita penuh dalam hati aku dah doa-doa. bukan orang Islam yang bunuh diri, bukan orang Islam yang bunuh diri. tapi , sangkaan aku meleset sama sekali. rupanya, pelajar yang bunuh diri tu adalah pelajar perempuan melayu yang beragama Islam. dari gambar memang boleh nampak tudung yang dipakai oleh nya..

aku harapkan ini bukan kes bunuh diri yang disengajakan. maksud aku, aku harap fikiran dia dalam kondisi ketidakwarasan ketika buat pilihan macamtu.. sesungguhnya bukanlah mati dalam keadaan beriman sekiranya sengaja membunuh diri..


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (An-Nisa' : 29)

di sini aku sertakan berita yang aku baca tu..


TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam. 

 Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan. "Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun. "Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. 

 Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan. Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki. Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung. "Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya. 

 Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus. 

 Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi." 

 "Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.


sumber berita : di sini

sumber lain : di sini

No comments:

Post a Comment