Wednesday 18 January 2012

My Sweet Dream (tajuk tak boleh lagi geli ke ha?)

(today is 18/1.sepatutnya post entry ni hari selasa 17/1.tarikh atas ni tak betul)


as salam..

last night, i had a very sweety sweety sweet dream...(dibaca dengan nada manja oke)

warning: mereka-mereka yang menghidap penyakit cepat menyampah and jeles tahap tinggi dinasihatkan untuk tidak membaca entry ini. dan entry ni jugak sangat la panjang lebar and boleh membuatkan anda bosan nak muntah bila baca..hehe

malam semalam cam biasa la kan, sampai time ngantuk, aku pon tido..tengah tido keluar la pulak mimpi yang best tak ingat ni..ni semua gara-gara berebut seorang mamat guitarist dalam 1 band korea ngan exklasmate U aku la ni.berebut dengan aisah a.k.a. ecah sampai termimpi-mimpi ha.nak kata tido tak basuh kaki, aku siap mandi lagi kot 3 jam sebelum nak tido tu.mungkin sebab mandi la dapat mimpi best ni gamaknya.

alkisahnya, tetiba je scene dalam mimpi tu start, lokasi nya kt rumah opah aku. aku waktu tu tengah excited tergedik gedik cakap kat kaklong aku yang aku nak bergambo dengan diorang. Ha, sape diorang tu? Ni la mslh nya sebab mimpi tu mengkonpiuskan aku. antara dua band korea ni, yang mana satu ntah yang sebenarnya yang interframe dalam mimpi aku tu.


Adakah band ni.......



FT ISLAND
(ehem yang kanan sekali ada rose putih kat collar jacket tu belongs to me oke..choi joong hoon ..dia la yang jadi rebutan aku ngan exclasmate aku tu)

.
.
.


.....ataupun band yang ini?

CN BLUE
(semua member dalam band ni adalah HAK aku except vokalis nye yang kedua dari kanan tu eh..)

di kala rakyat seluruh dunia minat macam-macam kumpulan K-Pop, aku yang baru nak berjinak-jinak ni cuma minat dua band ni je. Di ulang, Cuma DUA band ni je.. Sebab aku minat dua band ni selain rupa paras kachak and kiut diorang, sebab utama len adalah dorang play instruments. Kalu dorang ni boyband yang menari-nari tu ada possibility jugak la aku tak minat dorang ni.huhu..

and disebabkan cuma dua band ni yang aku minat ni la sampai tak sure mana satu yang muncul dalam mimpi aku. #sigh


back to my sweety sweety sweet dream...

time aku dok tergedik gedik cakap kat kakak aku yang aku nak bergambo dengan diorang, mula-mula tu kakak aku malas nak layan.siap buat dek je.tapi lepas aku paksa-paksa dia lagi, barula die nak.tu pon die cakap “pegi la kamu panggil diorang tu nak bergambo sangat”.

dalam mimpi aku tu, salah satu band ni ada kat tingkat atas rumah opah aku. Dorang cam singgah berhenti rehat-rehat and fans yang len tak tahu dorang ada kat situ. Mula-mula aku rasa segan gak nak pegi kat dorang and cakap nak bergambo tapi demi kerana choi joong hoon, aku ketepikan semua malu dan segan tu. (waktu ni aku konfem joong hoon ada sekali walaupun tak sure band mana satu yang muncul dalam mimpi aku)

aku pun pergi kat dorang yang tengah rehat rehat kat anjung rumah tok opah aku. Kat situ ade sofa and aku yang shy shy cat + cuak ni berdiri cam jauh sikit dari dorang tapi still boleh dengar la kalu bercakap..and then..

me: can I take pictures with you guys?

ha, kat sini la startnye kekonfiusan band mana satu yang muncul dalam mimpi aku. yang jawap soalan aku tu adalah salah sorang member band CN BLUE.
(kalu dalam pic kat atas yang kiri sekali, rambut panjang tu yang jawap soklan aku, Lee Jung Shin, bassist band tu)

Jung Shin: boleh, boleh..peminat punya pasal boleh je..
ha, amek kau. Sekali cakap melayu la pulak orang Korea nih.

dia pun senyum yang bole mencairkan jiwa raga.....


aku pun buat expresi terkejut sebab die cakap Melayu (kamera fokus muka aku time ni cam dalam sinetron Indon.lagu background ala ala mendebarkan)..


habis scene kamera fokus muke terkejut aku, aku pun cakap thanks and dalam masa yang sama, aku intai member-member band yang lain yang tengah rehat-rehat kat sofa tu..time ni dah pulak aku nampak si Joong Hoon (FT ISLAND) tengah tido duduk kat sofa tu..kan aku dah kata mimpi aku ni konpius.cemana member band lain-lain leh wujud ntah dalam mimpi aku. Tapi yang aku sure member band dalam mimpi aku tu ade 4 orang. Maybe gabungan band kot.leh la aku namakan band yang muncul dalam mimpi aku tu FT BLUE ataupun CN ISLAND. Wahh gituu...

aku pun cakap kat Jung Shin,

me:tolong kejutkan dia (Joong Hoon) sekali ye? Please...

sebab memang target aku nak ada bergambo berdua ngan Joong Hoon pastu nak tunjuk kat ecah and bagi die jeles.muahahahahaha..macam betul-betul je la pon.niat pun dah jahat mana nak dapat :(

and pastu aku turun tingkat bawah rumah tok opah aku and pegi balek kat kakak aku..and tak semena-mena pemandangan sekeliling or bak kata omputih scenery rumah tu jadi cantik sangat..ala-ala garden gitu dengan rumput menghijau dihiasi titisan embun, ada bukit sikit kat tepi rumah yang di lindungi pepohon rendang, langit plak cerah membiru di hiasi pelangi seperti mengalakkan lagi aku bergambo dengan band FT BLUE/CN ISLAND.oke, pelangi tu aku tipu je tapi yang pastinya memang pemandangan jadi cantik.kalu rumah tok opah aku yang sebenar depan rumah ada jalan kampung, ada rumah jiran kat depan tepi pulak ada tanah kosong.

so bila semua member FT BLUE/CN ISLAND dah turun, so sesi photoshoot pun bermula (aiceh, kemain lagi sesi photoshoot kamu ye). Kakak aku pulak tiba-tiba je lagaknya seperti photographer profesional. Dia la yang bagi instruction kat kitorang yang nak bergambo ni.kemain die terbongkok bongkok siap duduk-duduk lagi nak ambik gambo kitorang.

ada satu babak bergambo yang aku ingat, aku disuruh pegang bunga cam pengantin tu pastu diri kat tengah.dua member band dok belah kiri, dua lagi belah kanan.waktu tu pakaian kitorang tetiba je dah tukar cam baju pengantin.aku dengan gaun pengantin yang still sopan and menutup aurat yang 4 orang tu siap pakai kot, blazer dengan bow tie lagi..dah macam photoshoot pre wed or post wed la plak jadinya. (uish, aku kawen 4 ke?huhu) kakak aku siap suh buat gaya tak formal, muka ceria, hepi-hepi lagi.memang profesional sungguh la jadinya kakak aku dalam mimpi aku.

pastu ada la lagi babak-babak photoshoot yang len cam bergambo kat bukit, duduk ramai-ramai kat situ and buat buat tunjuk something kat langit (cliche kan?) and ada jugak kitorang menyorok yorok di celah pepohon.masing masing nyorok kat satu pokok pastu buat buat intai ala dalam filem hindustan.

pastu dah nak abih sesi photoshoot aku pun teringat yang aku nak bergambo berdua ngan joong hoon dengan niat jahat untuk jeleskan ecah. Dalam kepala aku dah siap pikir dah nak buat pose cemana time bergambo berdua tu. Camni la pose yang aku pikirkan tu...(kalu rasa nak muntah sila buat perkara tersebut di toilet oke)

.

.

.

.

eh silap, bukan yang ni.
Tp pemandangan dalam pic atas ni sama dah cam dalam mimpi aku.

.

.

.

.

oke, kena dah mamat dalam pic atas ni ada iras-iras Korean look :p

ha, lebih kurang macam yang ni la...just buat symbol ‘love’ dengan tangan and kitorang berdiri sebelah-sebelah je.takdela rapat cam dalam gambar atas ni.yang penting muka kena nampak la..

Tapi, belum pun sempat aku nak beraksi begitu dengan joong hoon, diorang semua dah takde dah..sekelip mata je hilang.tiba tiba je..sampai hati you guys balek tak bagitahu i..sedih tul tak sempat babai-babai.T____T sobs sobs


Aku pon masuk rumah tok opah, baju pun dah tuko baju biasa balek time tu,(mimpi la kate kan, tuko baju pon tak tahu bile) and aku pun rehat rehat la and nak tengok gamba gamba hasil photoshoot tadi.walaupun dalam hati sedih tak ingat sebab tak dapat bergambo dengan joong hoon, tengok gamba dia pon jadila..(tula, niat jahat lagi.padan muka)

aku pon view balek gamba-gamba dalam kamera. pastu pastu aku tengok,

“eh, takde pon gamba-gamba tadi? bia betik?”

aku dah nak nangis dah time ni.dahla tak dapat bergambo berdua ngan joong hoon, gamba pulak hilang.kakak aku ni tadi ambik gamba ke tak? Dah start nak marah ni.

“kaklon!!!! Apesal takde pon gamba-gamba tadi????”

kakak aku amek kamera tengok,

“ni hape??”

oo..rupenya dalam mimpi kamera pon jadi pelik.gamba-gamba semua keluar kat antara gamba-gamba yang kita belum delete dari kamera tu. Bukan keluar kt bahagian last selepas gamba-gamba yang lama-lama..aduyai ni bukan sweet dream tapi confused dream ni...hehe

Ade la jugak gamba-gamba kitorang tu walaupun yang ak tengok dalam 5 6 keping je.berphotoshoot bagai nak rak, gamba yang ade banyak tu je..alahai...

Dan berakhirla mimpi aku di situ. Tak sure la plak berakhir sebab aku dah terjaga or sebab cerita mimpi aku tu memang dah habih dah keluar credits nama pengarah penerbit semua. Dah boleh buat novel or drama bersiri dah mimpi aku ni.kemain la panjang aku cerita macam dua malam tido nye tak bangun bangun sebab dok layan mimpi ni..adapun, takdela pulak gamba-gamba photoshoot tu betul-betul wujud di alam nyata.

pe2 pun, sebab FT ISLAND datang buat konsert kt Malaysia 14hb baru ni and Ecah plak letak status kat fb die cakap die minat joong hoon and die pergi konsert tu and aku baru taw dia minat joong hoon and aku pun mula berebut dengan dia sedangkan dulu aku dah pernah bagitahu die aku minat joong hoon tapi maybe die lupa, makanya, terhasil lah mimpi ini..oke wat..tak dapat jumpe betul betul dalam mimpi pun jadila.mimpi best plak tu..hehe...

oke, till then fellas!


Poster konsert FT ISLAND @Malaysia and bukti yang diorang main instruments.


CHOI JOONG HOON IS MINE FOREVER!!!!! (ayat cam orang takde akal..haha)