Monday 30 June 2014

Rahsia Jerawat

Assalamualaikum wbt..

Bertemu kita lagi di blog saya yang hidup segan mati tak mahu ni. Ngeh ngeh.

Saja nak citer, akhir-akhir ni wajah aku yang tak seberapa ni ditumbuhi dengan jerawat dengan semangat nya. Aku ingatkan remaja-remaja belasan tahun yang hormon belum nak berapa stabil je yang banyak jerawat ni. Ni tetiba aku yang kertu ni plak sibuk nak berjerawat. Orang kata siapa yang banyak jerawat kat muka ni tandanya gatai.. Eh, yeke? Pandai je orang tu kata khenn..

Dan kebetulan sempena dengan pertumbuhan jerawat semangat ini, aku ada jumpa plak info menarik pasal kaitan jerawat di bahagian muka kite dengan kesihatan diri dari page ini. Cam tau-tau je la plak. Ayuh kita check sama-sama pasal ni, yuk!

Haa...ini gambar rajah berwarna menunjukkan seorang wanita yang risau dengan pertumbuhan jerawat semangat di muka dia.


Dan ini pulak adalah kaitan lokasi jerawat di wajah yang mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak dan tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.



FYI, jerawat kat muka aku nih tengah semangat berada di sekitar hidung kembangku dengan area dagu. Kat hidung tu atas hidung ada, tepi hidung ada, pendek kata memang semuanya berebut-rebut nak tumbuh kat centre of attraction tu lah.hmppphh

Setakat ini aku belum cuba lagi apa-apa rawatan intensif untuk menghilangkan jerawat dan parut-parut jerawat yang ada. Bukan apa, takut silap rawatan or pakai produk yang tak seswai dah jadi cam permukaan bulan purnama lak muka yang tak berapa nak ada rupa ni..huu..Tapi kalau siapa-siapa ada cadangan atau ide yang bernas untuk menghilangkan parut-parut jerawat, roger-rogerlah ye. Thanks! :)