Wednesday 4 July 2012

Wordless Wednesday




As salam







source : 9gag.com




p/s : bajet konon macam blogger-blogger femes yang buat entry "wordless" pada hari Rabu. poyo je kau  Ada :P .ape-ape pun Spongebob Squarepants ni memang satu span laut yang sukekan kerja nye sebagai fry cook kt Krusty Krab. kene jadikan die sebagai motivasi. hehe. sedar tak sedar aku dah jadi penonton setia kartun ni semenjak tahun 2003 or 2004 sampaila sekarang..huhu



till then fellas! :)


Tuesday 3 July 2012

Nur Dayana Gadis Yang Cool!



As salam...

Petang tadi waktu online facebook, aku ternampak kat ticker tepi tu ada kawan sama GEES like kat status seorang perempuan nama Nur Dayana. aku ingatkan girlfriend die ke, girl yang die admire ke, sebab ada gak status lain yang kawan aku tu like bile aku scroll down ticker facebook aku tu. aku pun view la facebook Nur Dayana tu nak tengok rupe "girlfriend" kawan aku tu.. status yang ade kat wall Nur Dayana tu berkisar pasal bola iaitu Euro 2012 yang baru je berakhir baru-baru ni. aku agak pelik waktu mula-mula terbaca status die yang ni ...



aku tertanya-tanya gak sendiri. eh, nape budak ni leh kata pasal messi lak untuk match final Euro Spain vs Italy ni? memang dah sah-sah la messi tak main pasal die player argentina yang nun kat amerika selatan nun. siap leh cakap "dah cek google" lg.. budak ni main-main ke bergurau? camtu la lebih kurang aku bermonolog seorang diri. 


pulak tu status die nih kemain la ramai orang like and komen. aku yang dari tadi ingatkan Nur Dayana ni makwe kawan aku tu sambung la bermonolog lagi.. "wah..femes betul makwe die nih. sekali beratus orang komen. femes blogger ke hape?" aku cek la kat info die tu, takde la plak tulis url blogspot die..ingat nak gak aku follow. pastu aku baca lagi status die yang len...  


ehh dah kenapa plak die ni mintak-mintak maaf? ayat status macam explain sesuatu je. apa die "kejadian semalam" yang die maksudkan? orang yang like dan komen dah beribu dah. aku bermonolog lagi.. aku scroll down nak baca status-status die yang sebelum ni tapi takde la plak status die yang sebelum-sebelum ni yang macam boleh mencetuskan kontroversi and takde la plak sampai beribu orang like and komen. makin pelik nih..


aku pun merajinkan la diri pegi view komen-komen yang beribu kat status die atas nih. baru la sket-sket aku faham kenapa Nur Dayana ni femes. sangkaan aku yang Nur Dayana ni makwe kawan aku, femes blogger semua tu meleset sama sekali. dia cuma la wanita biasa yang secara tiba-tiba jadi femes di facebook di sebabkan satu status pasal euro 2012 yang die taip. mengikut kata empunya diri seperti dalam status atas ni, status yang menyebabkan die secara tak sengaja jadi femes tu adalah gurauan semata-mata.. 




aku rasa status ni lah yang menyebabkan Nur Dayana ni jadi femes di facebook dengan mendadak. ada orang yang letak link status die ni dalam komen-komen yang aku baca tu. dan disebabkan ada kawan-kawan dia yang like dan jugak status die adalah "public", dah menyebabkan kawan-kawan kepada orang-orang yang like dan komen boleh baca status die.. pulak tu ada insan yang tak bertanggungjawab pegi share dekat facebook diorang. contohnya macam status atas ni sebenarnya Nur Dayana dah delete tapi ada yang print screen dan sebarkan melalui facebook. yang aku dapat ni dari page Hotlips Corner. ada je orang-orang yang salahkan admin page ni sebab sebarkan status Nur Dayana ni. aku pun kira terlibat sama la tapi niat aku bukan nak gelakkan Nur Dayana tapi aku sebenarnya kesian dengan situasi yang melanda die.


kalu korang pegi baca komen-komen kat status facebook Nur Diyana, rasa macam nak sedih pun ade. tapi bergantung pada diri korang gak la. kalu korang takde perasaan kesian mungkin korang akan gelak baca komen-komen tu. aku rasa tak patut diorang-diorang yang komen tu kutuk macam-macam. ada yang kata bila perempuan minat bola tu yang jadi camnila, ada yang cakap die terlebih konfiden la, ada yang gune perkataan kasar kat die, ada yang kata die nak glemer and macam-macam lagi. kebanyakan yang komen tu of course la orang lelaki. yang konon nye serba tahu pasal bola sepak. pulak tu siap ade yang create fan page Nur Dayana..sabar je la..


aku bukan la nak jadi baik ke apa, tapi rasa macam melampau sket kat orang-orang yang kutuk Nur Dayana nih hanya disebabkan pasal kesilapan kecik. siap ade yang gelarkan die Nur Dayana Messi lagi..patutnya, cakap la elok-elok dan betulkan apa yang salah. macam ada satu komen aku baca, die kata maybe Nur Dayana ni kata David Silva tu messi sebab ada paper (aku tak tau la paper ape) yang tulis Silva ni main macam messi. aku ada tertengok orang post link berita tu and title nye ada tulis David "Messi" Silva. mungkin la Nur Dayana ni anggap silva ni messi. kalu die memang maksudkan messi argentina tu mesti la die tulis lionel messi ke kann..


tapi aku memang respek habis-habisan kat Nur Dayana ni. walaupun beribu orang add facebook die semata-mata just nak mengenakan die dan komen-komen orang tulis kat die macam-macam yang tak sedap di baca, die tetap rileks dan cool je. redha je die macam dalam status die yang ade buat kenyataan pasal "kejadian semalam". takde pun die nak melenting or balas balik komen-komen orang yang kurang adab tu. kalu aku di tempat die, memang dah sah aku akan mengamuk balik kat orang yang mengata aku tu pastu kalu dah tak bole lawan deactivate facebook. huhu. bagi aku, Nur Dayana ni memang berhati mulia la..kagum aku dengan die. 


oh ye, kepada yang komen kutuk-kutuk, gelakkan die tu kan, aku cume nak cakap, tak baek tau korang tulis camtu. bende kecik je. Nur Dayana ni rilek je, korang yang komen-komen tu yang gelabah. baru silap sikit pasal bola dah kecoh. tanya pasal bab agama kang baru tau. huhu.. jangan ambik ati aa.. ni pesanan sesama Islam je.. kalu ade orang yang silap, kite perbetulkan la..jangan la menyebarkan pulak lagi kesilapan die tu..betul kan?


till then fellas! :)



p/s: aku memula ingat nk cover nama facebook Nur Dayana ni, tapi ada orang yang komen pasal die tulis, search je kat facebook konfem kua nama die atas sekali sebab kawan die dah beribu. jadi no point la aku cover nama die and orang still leh search gak. huu