Sunday 29 April 2012

Theme Song For the Moment


As salam..


28th of April. Theme Song. The Day You Went Away by M2M. . .
(please pause or mute my music playlist on the left side of this blog first. thank you.)






The Day You Went Away


Well I wonder could it be
When I was dreaming 'bout you baby
You were dreaming of me
Call me crazy, call me blind
To still be suffering is stupid after all of this time


[PRE-CHORUS 1]Did I lose my love to someone better
And does she love you like I do
I do, you know I really really do


[CHORUS]
Well hey
So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away


I remember date and time
September twenty second
Sunday twenty five after nine
In the doorway with your case
No longer shouting at each other
There were tears on our faces


And we were letting go of something special
Something we'll never have again
I know, I guess I really really know


[CHORUS]
The day you went away
The day you went away


[PRE-CHORUS 1]
[CHORUS]


Why do we never know what we've got 'til it's gone
How could I carry on
The day you went away
Cause I've been missing you so much I have to say
Been crying since the day
The day you went away

The day you went away
The day you went away



p/s : dah ada lyrics kat video pun still nak copy paste lyrics kt entry. takpelah, theme song la katakan. . 
till then fellas . . :'(

Sunday 22 April 2012

SADIS : Pelajar UPSI Bunuh Diri


As salam...


(entry ini adalah kisah yang penting)

petang tadi waktu aku tengah baca-baca berita online, nampak satu title berita yang agak mengejutkan. berita pasal seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, bunuh diri dengan terjun dari bangunan. kejadian berlaku pada petang sabtu, 21 april 2012.

belum pun aku klik nak baca berita penuh dalam hati aku dah doa-doa. bukan orang Islam yang bunuh diri, bukan orang Islam yang bunuh diri. tapi , sangkaan aku meleset sama sekali. rupanya, pelajar yang bunuh diri tu adalah pelajar perempuan melayu yang beragama Islam. dari gambar memang boleh nampak tudung yang dipakai oleh nya..

aku harapkan ini bukan kes bunuh diri yang disengajakan. maksud aku, aku harap fikiran dia dalam kondisi ketidakwarasan ketika buat pilihan macamtu.. sesungguhnya bukanlah mati dalam keadaan beriman sekiranya sengaja membunuh diri..


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (An-Nisa' : 29)

di sini aku sertakan berita yang aku baca tu..


TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam. 

 Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan. "Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun. "Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. 

 Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan. Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki. Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung. "Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya. 

 Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus. 

 Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi." 

 "Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.


sumber berita : di sini

sumber lain : di sini

Monday 16 April 2012

# INFO - 10 Perkara yang Merosakkan Otak



As salam..

Aku tak berapa nak ingat aku dapat info ni dari mana.. sedar-sedar je dah ada tersave dalam laptop kecik yang bukan aku punya ni.. sekadar info untuk dikongsi bersama.. 10 perkara yang boleh merosakkan otakkkkkkk... (sebut nada 'otak' macam zombie Kampung Pisang)


1 - TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.


2 - TERLEBIH MAKAN
tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. makan berlebihan menyebabkan banyak darah di alirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.


3 - MEROKOK
asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel - sel otak. (hurmm...no wonder la..)


4 - MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5 - MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel - sel otak. berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.


6 - TIDUR YANG BERLEBIHAN
tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang. (yup, this is so true)


7 - TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
tidur meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan di sedut semula semasa bernafas. ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.


8 - KURANG BERIMAGINASI
berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
(err..berangan-angan bole diterima tak? hee..)


9 - JARANG BERFIKIR
jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.


10 - TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalimah - kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.


- ok, di atas ni mungkin sekadar beberapa perkara yang boleh merosakkan otak manusia. otak haiwan tak tahu la pulak kan. mungkin ada lagi perkara -perkara lain yang tidak disenaraikan dalam info yang tersave dalam laptop ni. aku cuma taip balik je. huhu..


bagi aku, perkara nombor 10 iaitu tidak membaca Al-Quran patut diletakkan kat nombor 1 sebab membaca Al-Quran memang paling penting dan selain di baca, Al-Quran juga perlu di fahami, dan di amalkan oleh umat Islam. senang cerita kita tengok je hafiz dan hafizah iaitu orang - orang yang menghafal Al -Quran, diorang semua cerdas dan pintar. tak ada orang yang jadi tak betul atau rosak otak sebab mengaji Al-Quran.. betul kan? kan? :)


till then fellas!



credit to indok.com or rindok.com. tak sure yang mana satu. hee...

Sunday 15 April 2012

CEREKARAMA : Landasan Cinta



As salam


Aku baru je lepas tengok cerekarama kt tv3 tadi. Tajuknye "Landasan Cinta". Ntah, ye kot tu tajuknya. Tak sure la plak. Tu la eksited sangat tengok cerite nya sambil tersenyum sorang-sorang sampai title cerita pun boleh lupe.. huhu


Aku bukan la seorang peminat tegar cerekarama-rama ni pun.. Kadang-kadang je aku tengok kalau cerita nya bole menarik perhatian aku.. yang lawak-lawak ke, bolela.. itupun selalu nya tak pernah tengok stat dari awal.. dah sejam stat baru le rasa nak tengok.. tp cerekarama minggu ni aku tengok dari stat cerita nya kot.. sampaila habis.. nasib baik la cerita nya lawak2 dan macam gile2 remaja skit.. dapatla mengubat sekejap hati aku yang tengah berduka lara ni... huuu


jalan cerita nya sempoi je.. pelakon pun pelakon-pelakon yang sama cam drama rantaian Akasia "Atas Nama Cinta" (yang ni pun aku tak sure betul ke tak title drama series tu.. huhu).. aku rasa dorang shooting sekaligus je citer Atas Nama Cinta dan Landasan Cinta ni sebab dua-dua cerita berlakon kat Australia.. dispesifikkan lagi kt Perth.. nak tahu tak, drama Atas Nama Cinta tu aku nak tengok 1 episod pun aku tak lalu.. sebab waktu tu aku rasa pelakon-pelakon utama nye semua tak best dan aku tak minat. Shah Jaszle, Shah Iskandar, Tasha Shilla dan Fiza Elite (kemon le, kenapa Fiza Elite berlakon jadi remaja yang tengah nak bercinta lagi.. dah tak berapa nak sesuai dengan usia kot.. huhu)


yang cerita Landasan Cinta ni, walaupun guna pelakon-pelakon yang sama sebagai watak utama, tapi aku rasa best and sesuai pulak dorang dengan watak-watak tu.. Tasha Shilla sebagai Nisha, seorang pekerja kilang ape ntah yang dapat reward trip to Perth dari manager die sebab die pekerja yang rajin. best kot dapat hadiah pegi cuti ke oversea padahal keje kilang je.. huhu.. Shah Jaszle plak sebagai Umar, seorang pilot. aku nak bagitau yang aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Shah Jaszle dalam cerita ni. seriously die sangat sangat sangat la teramat smart dalam cerita ni dan sesuai sangat die bawak watak pilot yang dah banyak kali kecewa sebab cinta (4 kali semuanya) dan nakal-nakal time nak ngayat Nisha. babak-babak die dalam cerita ni la yang banyak buat aku tersenyum sorang-sorang di kala tengah berduka lara ni (perlu ke bagitahu lagi tengah berduka??)



yang Shah Iskandar dan Fiza Elite plak bawak watak suami isteri sebagai Tengku Ahmad Tajuddin (Taj) seorang director di Malaysia yang famous dengan cerita Kumanmu di Bibirku.. ntah ape punye tajuk cerita daa.. Fiza plak sebagai Katy, seorang wife yang talkative dan macam mengedik sikit (pada pandangan aku la..)


cerita bermula dengan Nisha on the way nak masuk ke kilang pastu kapal terbang lalu kat langit.. die pun bebel-bebel asal nak masuk keje je, kapal terbang lalu.. asal kapal terbang lalu je, nak masuk keje.. pilot ni memang sengaja nak kenakan aku nih.. cmtula lebih kurang bebelan si Nisha.. rupanya Nisha ni ade impian... impian yang tinggi melangit.. impian nya nak bersuamikan pilot.. just sebab dia rasa pilot sangat-sangat hensem dan smart bile dalam uniform diorang.. (well Nisha, bukan semua pilot tu hensem walaupun dalam uniform sebenarnya..huhu)


bile bos die dah bagitahu die dapat pergi Perth semua tu, maka bersiap la Nisha untuk ke sana.. kat airport, sementara tunggu check in, Nisha teserempak dengan Katy dan suami die Taj. diorang pon nak ke Perth jugak.. Katy yang memule tegur Nisha kenalkan diri dan husband semua, penerbit fofular la, pe la.. Nisha memula layan je tapi bile tengok kan ketalkativian si Katy, die cecepat nak pergi.. sebelum tu Katy ni tanya pergi Perth dengan siapa.. Nisha malas nak layan, die pon jawap je pergi dengan tunang.. kat sini la cerita ni agak best sebab die akan pause kan babak-babak tertentu dan keluar komen kat bawah untuk kite baca.. contohnye macam babak Nisha ni die akan keluar cmni..

Penipuan nombor : 1
Motif/Tindakan : malas nak layan


penggunaan tulisan-tulisan kat bawah ni agak bagus gak supaya penonton tak lost dengan jalan cerita.. takdela penonton konpius apehal la plak Nisha ni nak tipu-tipu bagai? nak dijadikan cerita, buat penat je Nisha nak lari dari Katy, lagi la dorang selalu terserempak.. dalam flight pon dapat seat sebelah-sebelah. so duduk la Nisha dengan terpaksa nya sebelah Katy dan Taj.. dalam flight pon Katy sebuk nak tau lagi. ditanya la plak kat Nisha mana tunang nya? Nisha pun, "err..tunang saya pilot ni"

Penipuan nombor : 2
Motif : Nak kover penipuan nombor 1


haha... siyes aku suke la tulis-tulis yang kat bawah ni.. i lap u la tulisan wehh :P


dah sampai Perth, Nisha ni ade dah kawan bos die tunggu.. malas aku nak taip nama kawan bos die ni.. buat tambah sakit je hati aku yang memang tengah sakit nih (tetibe aku emo).. tapi dekat Perth memula kawan bos ni la bawak Nisha jalan-jalan sume.. yang aku nak tergelak nya, memule jumpe Nisha cakap broken English la ngan kawan bos die tu.. mintak sori sebab lambat la, ape la.. sekali tu kawan bos die jawap "tak pa aihh.." ha, loghat utagha pekat noo walaupon dah duduk Australia 25 tahun dalan cerite ni.. huhu.. pastu nak jadi cerita, Nisha ni 1 hotel yang sama la plak dengan Katy-Taj dan jugak Umar the Pilot.. waktu ni Nisha tak kenal dan tak jumpe Umar lagi..


aku rasa dekat Perth tu memang takde manusia lain selain Nisha dan Katy-Taj sebab diorang asyek terserempak je even jalan-jalan kat bandar ke, makan kat restaurant ke.. kecik bebenor ke pon perth tu asyek nak terjumpe? takpela, name lagi cerita kan.. Nisha ni tak suke sangat kalau terserempak dengan dorang sebab Katy ni busy body sket.. sebuk je nak tau mana tunang Nisha.. satu hari ni Nisha kelam kabut keluar pagi sebab takut kawan bos die dah lama tunggu nak bawak jalan-jalan.. Ha, kat sini scene yang paaaaaaaaaaalingggggggggggg aku sukeeeeeeeeeeeee sangat (melampau suke sangat nye... huhu)..sile amek perhatian ye sekalian readers yang tak ade... dalam kekelamkabutan si Nisha ni berjalan dekat luar hotel, die terlanggar la si Umar yang tengah nak berselisih dengan die.. ke Umar yang langgar die ntah sebab Nisha yang marah bukan main pastu.. dalam waktu Nisha marah-marah sebab dah di langgar dan Umar pulak baru nak mintak-mintak maaf, lalu la plak Katy-Taj dekat dorang.. Katy pon tegur Nisha kenal lagi ke tak die.. Nisha memang la ingat tapi die buat-buat macam teragak-agak.. pastu Katy-Taj terus assume yang Umar yang ade kat situ tunang Nisha.. Umar plak dengan selamba je terus mengaku die memang tunang Nisha alang-alang nak kover line dah terlanggar Nisha... ala sweet nye Umar buat macam tu.. dengan kesmartan Shah Jaszle time babak tu memang tak dinafikan lagi aku memang dah betul-betul in love dengan die dalam cerita ni... hee >.< pastu dorang pergi breakfast sama-sama sambil Nisha dan Umar sambung berpura-pura dorang memang tunang.. adeii aku memang tak boleh menahan la tengok si Shah Jaszle ni.. kenapa die harus jadi sangat smart, sweet dan selamba dalam cerita ni? huu


so cerita pon berterusan sampai habih dengan banyak lagi babak-babak antara Umar dan Nisha yang buat aku gelak dan senyum sorang-sorang... ending nye u ols pun boleh agak yang diorang betul-betul bertunang dan kawen walaupun sebenarnya mak Umar dah nak jodohkan dia dengan gadis sekampung nama Shima yang pandai jahit baju, jalan terkepit-kepit dan satu-satunya gadis kampung tu yang ada diploma dari Jepun. huhu.. selamba je Umar cakap kat Nisha time-time last cerita..."Awak, jom kawen.." dengan time tu pakai uniform pilot nya and bawak kete mewah jenama ape ntah aku tak sure.. sapa tak nak kalau dah macam tu gaya marriage proposalnye kan...kalau aku la si Shah Jaszle tanya cmtu, dia tak abih ayat tanya lagi aku jawap I do terus.. haha..


nanti aku nak download la kalu cerita tu ade keluar dekat youtube.. heheh.. yang pasti nya aku memang dah fell in much much luv kat Shah Jaszle dalam cerita tu. kalau pasni die bawak watak smart, sweet, kelakar-kelakar lagi dalam cerita lain, aku nak minat gak.. bile die bawak watak poyo dan kontrol macho je aku tak nak minat.. lupe nak cakap dress up Shah Jaszle dalam cerita ni semua nye kena je ngan die.. walaupun ade kadang-kadang macam imej KPOP siket tapi memang kena la dengan body die.. waktu babak awal-awal die balek kampung jumpe mak die, die pakai shirt + jacket hitam kat luar dengan skinny jeans.. mak aii smart nye dieeerr..... bile die pakai uniform pilot yang warna putih tu lagi la buat aku nak pengsan.. bole buat wa berdarah hidung wa cakap sama lu... huhu.. sebenarnya entri ni nak cerita pasal best nye aku tengok cerekarama-rama tadi tapi last-last jadi pasal keterujaan aku kat Shah Jaszle dalam cerita tu plak.. haha..


Later I will update this entry with pictures or screenshots from the telemovie eh. till then fellas! :)