Thursday 14 June 2012

# INFO : 8 PAHALA YANG BERTERUSAN


as salam...


Info ini untuk pengetahuan muslimin dan muslimat semua. aku ambil dari page facebook Izinkan Saya Share. sebenarnya, aku memang suke save info-info dari facebook yang di share oleh kawan-kawan aku ataupun diorang di tag kat info tu. cume nye aku ni tak suke plak share balek bende-bende yang baik ni. bende-bende lagha gak la yang aku pilih untuk di share dan di post kat wall facebook aku tu..huhu..

aku tau ramai yang dah sedia maklum mengenai perkara-perkara dan amalan-amalan yang boleh dilakukan agar pahala kita berterusan kan? tapi tak apa, aku tetap nak share gak kat entry ni.. hee





8 Pahala Yang Berterusan

Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap di terima seorang hamba AllaH walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:


✿ 1. Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.



✿ 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.



✿ 3. Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang tertulis tangan) selagi ada orang membacanya.



✿ 4. Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakanya.



✿ 5. Sesiapa yang nenanam tanam-tanaman selagi ada yang memakanya, sama ada manusia atau burung.



✿ 6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.



✿ 7. Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.



✿ 8. Guru al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.



[Dari Majalah IMAN Keluaran Bil 04]



sekian...wassalam..:) 

Sunday 10 June 2012

:'(


Goodbye to you've been wasting all my time
You're no longer mine
And now you've left me 
I can't seem to get you off my mind
That's when I realised you had me hypnotised..

                              Hypnotised, McFly (2004)