Friday 6 February 2015

Takde Jodoh


Assalamualaikum w.b.t.


Bersempena dengan tengahari Hari Jumaat yang penuh barokah ini, saya Asmah Syuhada Yusup dengan setulus hati berdoa dengan penuh keikhlasan walaupun berdoa menerusi blog ini je agar dikurniakan dengan SEGERA seorang hamba Allah lelaki yang sudi menjadi teman hidup dan mampu untuk sponsor secara berterusan pembelian baju kurung yang saya berkenan kat online seller tanpa ada rasa kedekut sekelumit pun..
aminn ya rabbal'alaminnn..

haha
ni gurau-gurau je.
tapi kalau termakbul, alhamdullillah.
hihi


Sebenarnya, kisahnya macam ni,
Ade sepupu iols akan melangsungkan perkahwinan bulan Mac ni. Sepupu iols tu memang lagi muda dari iols tapi iols bukan nak cakap pasal tu. Yang iols nak cerita, dah jadi tradisi dan trend famili belah mak iols dari tok opah ke mak-mak sedara sepupu semua bila ada kenduri kahwin dalam famili weols, ada satu warna tema yang ditentukan famili pengantin yang mana famili sedara mara ni akan cuba jayakan lah mengikut warna yang telah ditetapkan tu. Well, bukan la famili iols je yang ada tradisi warna tema ni. famili chuols pun sama gak kan..


So yang sampai iols boleh berdoa macam kat perenggan awal tu adalah disebabkan iols tak dapat baju kurung siap mengikut warna tema yang dah ditetapkan..Warna yang ditetapkan oleh famili pengantin adalah warna biru lebam or in Englishnye blue grey camtula. Waktu famili pengantin announced warna tema circa hujung tahun lepas / awal tahun ni, kakak iols dah suggest kain ela yang ala-ala satin nih yang banyak orang jual online. Masalah nya iols malas nak beli kain ela nanti nak kena pergi tempah jahit whatsoever yang malas tu. So iols pun mulakan aktiviti hunting baju kurung siap menerusi online seller ikut instagram. Iols cari punya cari pagi petang siang malam bila ada masa senggang je iols cari ikut hashtags instagram. Tak jumpa-jumpa..Rupanya susah jugak nak jumpa baju kurung siap dengan warna blue grey ni eh.


Tapi di satu hari yang tenang dengan izin Allah swt, iols berjaya la jumpe satu IG shop ni yang ada jual baju kurung siap dengan warna ala-ala macam blue grey. Macam gini la gaya baju kurung nya...


cantik kan? kan?


So iols pun hantar la whatsapp dengan kadar segera dekat online seller tu nak beli baju kurung yang dah memang berkenan nih. kebetulan pulak dalam koleksi baju kurung "I Have Nothing To Wear" iols belum ada lagi warna blue grey, jadi rasa cam ok la boleh pakai pergi kerja sekali. 

Sedang berwhatsapp dengan seller tu, dimaklumkan pulak oleh seller tu untuk saiz iols, takde corak kain seperti yang diiklankan..yang ade bagi saiz L iols yang gedabak ini hanyalah kain yang bercorak lain. Iols request la nak tengok design kain yang available macamane rupenya. Ok la jugak, bukan nye buruk pun. Bila dah deal tinggal nak sign agreement untuk confirmation nak beli, baru iols teringat yang iols takde duit gaji tak masuk lagi! Aduiyai..celah mane nak buat payment beli baju dah duit nye pulak tak available. Jadi iols pun cubalah talk heart to heart dengan seller boleh tak simpan sepasang untuk iols baju kurung ini sampaila gaji iols masuk. Seller cakap insyaAllah je tapi tak janji. Okla takde bahan iols depan-depan cakap duit takde tapi ade hati nak beli baju mahal. choii sangat pembeli macam chuols nih..mihmih

Dan seminggu selepas itu, gaji pun dah masuk dengan selamatnya..Iols pun dengan segeralah whatsapp seller tu balik nak buat payment. Dannn....uols pun boleh agak kan ape yang seller tu jawap.."Stock habis dah kak.kahkahkah padan muka". Eh, takdela sampai die memadankan muka iols. Die letak emoticon yang sedih tu jela. So iols pun dengan macho cakap la Its ok. Takde rezeki akak..padahal dalam hati dah raung raung tepuk-tepuk bantal dah.
Why??!!!whaiiiii?!!!!

Iols leh agak yang seller tu hanyalah dropship agen baju kurung ni. So that's why dia tak boleh nak save kan 1 pasang untuk iols sebab seller lain dah jual dulu. Iols pun bangun kembali dari kesedihan patah hati tak de rezeki baju kurung tersebut dengan search lagi dan lagi dan bertanya seller2 lain kat IG tu yang turut sama jual baju yang sama nih. Tapi, semua nya sepakat bagi jawapan yang sama kat iols yang stock nya dah habis..Walaupun ade antara seller tersebut yang berhati suci murni dengan menyuggest koleksi baju kurung yang lain tapi iols cakap hati dah tertutup selamanya terima kasih jela. 
Iols ni jenih sekali dah berkenan, yang tu jugakla yang iols nak. Ni la jugak yang orang selalu dok sebut-sebut takde jodoh namanya T___T


Jadi, apa kesimpulannya takde rezeki baju kurung tu dengan mintak nak suami?? Well, uols perasan tak, kalau ada suami, iols boleh pau dia or at least mintak dia pinjamkan duit dulu waktu kejadian yang gaji iols belum masuk tu? Kalau iols bersuami, insyaAllah sekarang iols dah melaram-laram depan cermin dengan baju kurung tu dah ha. Tapi dah namanya suami takkan la nak bagi pinjam duit lak kat isteri sendiri. mestilah belanja terus je kan? iols dapat baju, heols dapat pahala, gaji iols pun selamat.. haa, give and take gituu..


Sebenarnya takde ending lagi ni kisah iols mencari baju kurung warna blue grey ni sebab setakat entry ni ditaip, memang iols tak jumpe lagi baju kurung dengan kaler tu yang iols berkenan.. kalu tak jumpe gak sampai hari sepupu iols tu punye kenduri, iols hentam jela pakai baju kurung tak ikut kaler tema pun. dah tak jumpe baju nye kan..bukannye sebab iols sorang tak jumpe baju ikut kaler tema tu terus kenduri kena batal lak kan..haha..Lagipun iols dah suspect yang ade orang borong baju blue grey ni sempena kenduri kawen sepupu iols ni la. maybe yang beli nya sepupu sepupu iols yang lain tak pun kawan mawan kepada pengantin. so selamat sikit iols dari terjoin geng boria tak disengajakan kat kenduri sepupu iols tu nnt! >_<


Ok la, till then fellas!

No comments:

Post a Comment